LUKA “SLOUGH”: APA YANG PERLU ANDA TAHU? ​

LUKA “SLOUGH”: APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Artikel oleh : Dr Norafira binti Abdul Haris

Kenali jenis luka yang perlukan penjagaan rapi

Apa itu Luka Slough?
Luka slough ialah luka yang mengandungi tisu mati yang berwarna putih, kelabu, kuning atau hijau, dan biasanya lembut, lembap serta melekit. Tisu ini perlu dibuang untuk membolehkan luka sembuh dengan baik.

Siapa yang Berisiko Mengalami Luka Slough?
Beberapa golongan lebih cenderung mengalami jenis luka ini, antaranya:
✔ Penghidap diabetes
✔ Warga emas
✔ Pesakit terlantar (bedridden)
✔ Mereka yang ada masalah salur darah (poor circulation)
✔ Pesakit kanser
✔ Individu dengan kekurangan zat makanan
✔ Mereka yang mengalami luka kronik atau lambat sembuh

Cara Menjaga Luka Slough di Rumah:
✅ Cuci luka dengan larutan bersih setiap hari
✅ Pantau tanda jangkitan seperti bengkak, nanah, bau busuk atau demam
✅ Tisu slough perlu dibuang, sama ada dengan larutan pencuci luka khas atau melalui prosedur pembedahan kecil
✅ Balut luka dengan dressing bersih selepas rawatan
✅ Rujuk ke klinik segera jika luka nampak teruk, ada nanah, atau lambat sembuh

———

Kenapa Penting Buang Tisu Slough?
Tisu slough menghalang pertumbuhan tisu baru, boleh menjadi tempat pembiakan kuman, dan melambatkan proses penyembuhan. Rawatan awal dapat cegah komplikasi dan mempercepatkan pemulihan luka.

Jika anda atau orang tersayang mempunyai luka yang tak sembuh-sembuh, jangan tunggu lama. Dapatkan rawatan di klinik berhampiran untuk penilaian dan rawatan luka yang betul.

Share the Post:

Info Berkaitan

Influeza Vaksin

Dapatkan Influenza Vaksin Tahunan anda sekarang ! Musim penyakit tak menentu, dan influenza boleh menyerang bila-bila masa! Influenza bukan sekadar

Baca Lagi