Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman mengadakan booth opening di sempena Hari Terbuka SK Bukit Mentok, Kemaman. Pelbagai aktivit menarik yang terdapat di karnival ini seperti pameran agensi-agensi, Jualan Rahmah, persembahan dari murid-murid dan jualan makanan.
Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman telah menyediakan saringan kesihatan dan pemeriksaan telinga secara PERCUMA kepada semua pelawat yang hadir ke karnival ini.
Terima kasih pihak pengurusan SK Bukit Mentok, Kemaman kerana telah menjemput kami ke karnival ini!