Pada 28 Mei 2024, Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman telah mengadakan program kesihatan iaitu Tiny Hand Hygiene Juniors di The Mikigen Kidz Play & Learning Centre, Kemaman.
Objektif program ini adalah bagi mendidik murid-murid tentang kepentingan kebersihan tangan. Beberapa aktiviti diadakan seperti perkongsian kesihatan daripada Dr. Nad, mini experimen, demonstrasi membasuh tangan dengan betul dan edaran cenderamata kepada murid-murid.
Terima kasih kepada semua pihak pengurusan The Mikigen Kid Play & learning Centre atas jemputan kami ke program ini!