Pada 26 Jun 2024, Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman telah mengadakan program kesihatan iaitu Tiny Hand Hygiene Juniors di Q-Dees, Kemaman. Objektif program ini adalah bagi mendidik murid-murid tentang kepentingan kebersihan tangan. Beberapa aktiviti diadakan seperti perkongsian kesihatan, mini experimen, demonstrasi membasuh tangan dengan betul dan edaran cenderamata kepada murid-murid.
Terima kasih kepada semua pihak pengurusan Q-Dees Kemaman atas jemputan kami ke program ini!